KUALA LUMPUR: Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Bagaimanapun Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Mohd Asri Tahir berkata pihak-pihak perlu mempunyai persetujuan bersama sebelum kes berkenaan didaftarkan di kaunter Mahkamah Rendah Syariah Laluan Pantas.
"Kes itu kemudian akan didengar dan diadili oleh hakim yang dikhaskan untuk mengendali kes berkenaan di dewan Mahkamah Syariah Laluan Pantas dan mahkamah akan memberi perintah bertulis pada hari sama kes didaftarkan.
"Terdapat lima kes iaitu tuntutan cerai, pengesahan lafaz cerai, permohonan pengesahan rujuk, permohonan wali hakim dan permohonan perintah bersaling atau pengendorsan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah negeri lain, dikendalikan Mahkamah Syariah Laluan Pantas," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Mohd Asri berkata sebelum perkhidmatan itu diperkenalkan, pihak-pihak perlu menunggu dalam tempoh 21 hari untuk mendapatkan tarikh sebutan di hadapan hakim selepas kes difailkan di mahkamah.
Pewujudan sistem itu katanya telah mengurangkan kes tertunggak, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan MSWP khususnya dan masyarakat Wilayah Persekutuan amnya.
Sehubungan itu, katanya perkhidmatan mahkamah laluan pantas telah diperluaskan ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 6 Mac lepas.
Menurutnya sebanyak 4,743 kes diselesaikan menerusi perkhidmatan laluan pantas itu dengan 797 kes atau 100 peratus selesai di dewan mahkamah berkenaan pada 2021; 1,660 kes atau 99.75 peratus selesai pada 2022 dan 2,286 kes atau 97.56 peratus selesai pada 2023.
Dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, beliau berkata selain dewan laluan pantas, MSWP juga mewujudkan dewan mahkamah khusus untuk pengendalian kes hadhanah, nafkah serta jenayah agar pengendalian kes menjadi lebih cekap.
Sementara itu, peguam Syarie Nur Hidayah A. Bakar berkata perkhidmatan itu dapat mengurangkan tempoh masa penyelesaian kes dan kos pihak-pihak untuk hadir ke mahkamah.
"Pelanggan saya gembira dengan perkhidmatan laluan pantas ini kerana kes mereka dapat diselesaikan dengan cepat dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah berulang kali untuk mendapatkan tarikh sebutan depan hakim," katanya.
Seorang pekerja swasta Siti Khadijah Abdullah, 45, berkata Mahkamah Syariah Laluan Pantas sangat memudahkan urusan pihak-pihak untuk kes perceraian.
"Saya memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Laluan Pantas. Ia hanya mengambil masa beberapa jam untuk selesai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Sebelum ini, pihak-pihak perlu menunggu dalam tempoh 21 hari untuk mendapatkan tarikh sebutan di hadapan hakim selepas kes difailkan di mahkamah.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar
Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah 'fast track' atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad.
Proses fast track untuk selesaikan isu capaian di kawasan keutamaan tinggi - MCMC
Usaha ini penting semasa mengharungi pandemik COVID-19 yang meningkatkan pergantungan pengguna, peniaga dan kerajaan terhadap perkhidmatan komunikasi.
Proses cerai 'fast track' elak wanita digantung tak bertali
Inisiatif ini dilihat menggalakkan para suami bagi sesuatu perkahwinan yang telah pecah belah untuk menceraikan isteri secara baik.
Syariah Selangor mudahkan proses penceraian
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor memperkenalkan proses cerai kurang enam jam melalui proses kerja 'fast track'.